Perihal Sistem

Sistem Rancangan Pengajaran Harian (RPH Online) atau E-Buku Ringkasan Pelajaran/Ringkasan Mengajar melibatkan penulisan rekod mengajar dan pengesahan rekod dibuat secara atas talian. Inovasi cekap tenaga dan mengurangkan penggunaan kertas di sekolah-sekolah.

Sistem ini telah dipamerkan di Pameran Inovasi Pendidikan di SMK Hutan Kampung, Alor Setar Kedah sempena Perhimpunan Guru Muda Zon Utara pada Februari 2013, Pameran Hari Guru Negeri Perak di MRSM Felda Trolak, Sungkai Perak sempena Hari Guru Negeri Perak 2013 pada Mei 2013, Pameran Edu-InERi di UPSI Kampus Proton City pada September 2013 sempena International Exposition Research and Innovation in Education 2013, Majlis Anugerah Inovatif Perak di Hotel Taiping Perdana pada November 2013, Pameran iCompex'14 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) Jitra Kedah sempena National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2014 dan Pameran INDES 2015 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar Perak sempena 4th International Invention Innovation and Design Exhibition.

Sistem RPH Online ini juga telah dibentangkan di Digital Education Show Asia (DESA) 2015 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 15 Jun 2015. Inovasi ini dibentang oleh pencipta inovasi, Encik Azharul Faiz bin Zainal Abidin untuk Platform 3 DESA 2015 (Learning Platform) dalam On-Floor-Seminar. Sistem ini turut dibentang di Penghakiman (Judging) MSC Malaysia APICTA 2015 dalam kategori Best of e-Inclusion & e-Community di PIKOM, Empire Damansara pada 3 September 2015.

Sistem RPH Online versi PHP/MySQL ini telah memenangi Tempat Pertama Pertandingan Pembinaan Sistem Aplikasi/Mobil AKICT2017 (Peringkat Negeri Perak), Tempat Pertama Pertandingan Pembinaan Sistem Aplikasi/Mobil NUCEL2015 (Peringkat Kebangsaan), Anugerah Pingat Emas Pertandingan INDES2015 (Kategori ICT Peringkat Antarabangsa), Anugerah Pingat Emas Pertandingan iCompex'14 (Kategori Sekolah Peringkat Kebangsaan), Anugerah Pingat Perak Pertandingan Guru Inovatif Negeri Perak 2013 (Kategori ICT Peringkat Negeri Perak) dan Anugerah Gangsa Pertandingan Edu-InERI 2013 (Kategori Sekolah Peringkat Antarabangsa).

Sistem RPH Online versi 4.0. Hak Cipta Terpelihara © 2012-2020 Azharul Faiz bin Zainal Abidin (Mentor Guru Inovasi Peringkat Kebangsaan 2019 #i2create / Finalis Ikon Guru Penyelaras Bestari Peringkat Kebangsaan 2019 / Ikon Guru Penyelaras Bestari Negeri Perak 2019 / Guru Adiwira Negeri Perak 2019 / Ikon Guru Teknologi Pendidikan Negeri Perak 2018 / Penyelaras Dengue Patrol SK Bagan Serai 2018 (Johan Kebangsaan Patrol Denggi 2018) / Salah seorang penulis buku Modul Multimedia dalam PdPc STEM PAK21 Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 / Guru Inovatif Negeri Perak 2015)